TUGAS DAN PERANAN
Tugas dan tanggungjawab JPN telah dihuraikan di beberapa bahagian dan seksyen Akta 172. tugas-tugas utama ini telah diperincikan di bahagian II,
Seksyen 4 (A-C) iaitu:
- Untuk menggalakkan dalam Negeri, dalam bidang dasar negara, pemeliharaan, penggunaan dan pemajuan semua tanah di dalam negeri.
- Untuk mengatur, mengawal, mengawal, merancang dan menyelaraskan semua aktiviti pemajuan semula tanah di dalam negeri.
- Untuk menasihatkan kerajaan negeri, samada dengan dayautamanya sendiri atau pada menyahut permintaan kerajaan Negeri, mengenai perkara-perkara yang berkenaan dengan pemeliharaan, penggunaan dan pemajuan tanah di dalam negeri.
- Untuk mengusahakan, membantu dan menggalakkan pemungutan, penyelenggaraan dan penyiaran perangkaan, buletin dan monograf dan lain-lain siaran yang berhubung dengan perancangan bandar dan desa dan perkaedahnya.