7 Oktober 2017 (Sabtu) - PLANMalaysia Negeri Terengganu telah menganjurkan satu program KT Urban Trail 2017. Sebanyak 70 kumpulan telah menyertai program ini. 15 hadiah ditawarkan iaitu 10 hadiah saguhati bagi tempat ke-6 hingga ke 15 dan 5 hadiah wang tunai bagi tempat pertama hingga ke-5. Tempat pertama telah membawa pulang wang tunai sebanyak RM1500, manakala tempat kedua sebanyak RM1200, tempat ketiga sebanyak RM800, tempat keempat sebanyak RM500 dan tempat kelima sebanyak RM200. Program ini turut dirasmikan oleh TPr. Hajah Rokibah binti Abdul Latif merangkap Timbalan Ketua Pengarah (TKP) Perancangan PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa).