3 Disember 2017 (Ahad) - PLANMalaysia Negeri Terengganu telah mengadakan program Rancangan Korporat Jabatan (RKJ) yang bersidang di Langkawi bermula 27 November sehingga 1 Disember 2017. Seramai 35 orang kakitangan yang terlibat bagi menjayakan program tersebut dan telah bertolak pada jam 10.00 malan pada 27 November. Program yang berlangsung selama 5 hari 4 malam itu dimulakan pada 28 November dengan Mesyuarat Bersama Jabatan (MBJ) kali ke 4 di Bilik Seminar, Tingkat 2, Haji Ismail Group Hotel. Pada 29 November, program Rancangan Korporat Jabatan (RKJ) diadakan dengan mendengar taklimat oleh wakil dari Jabatan LADA mengenai Langkawi dan diteruskan dengan sesi pembentangan oleh wakil dari setiap bahagian berkaitan sasaran kerja bagi tahun 2018. Pada 30 November, pihak Jabatan telah mengadakan lawatan teknikal sekitar Langkawi.